Cara Cepat Jual Rumah dan Dapat Bakal Pembeli Yang Serius

Cara Cepat Jual Rumah

Table of Contents

Jual rumah ni boleh jadi satu proses yang memeningkan. Ada banyak step yang owner (penjual) rumah kena buat dari persediaan, nak uruskan jualan dan sehinggalah serahan kunci. Sebab itulah, ramai owner yang gagal jual rumah mereka. Dalam artikel kali ini, anda akan diterangkan cara jual rumah yang betul langkah demi langkah, supaya semua proses tu kita buat dengan teratur dan dapat pembeli dengan cepat.

Menetapkan Harga yang Win-win

Bila nak jual rumah, pertama sekali anda kena tetapkan harga jual. Nak tetapkan harga ni ada dua perkara yang anda kena buat Satu, semak harga pasaran rumah Kedua, cek siapakah pesaing anda dalam pasaran. Bila kita jual rumah ikut harga pasaran sebenarnya kita bantu bakal pembeli tu untuk dapatkan pinjaman secukupnya. Namun begitu, lepas anda semak harga pasaran, anda kena kaji pesaing anda keadaan rumah mereka dan berapa mereka jual.

Ada situasi yang mana harga pasaran tu tinggi tapi kalau kita jual rumah guna harga tu, kemungkinan besar tidak akan laku. Ini boleh jadi kalau pesaing anda letak harga yang lebih rendah. Sebagai contoh, katakan bank atau penilai bagi harga pasaran rumah anda sebanyak RM500,000 Anda pun seronoklah, tinggi! Tapi kalau jiran anda dekat sekitar tengah jual harga RM450,000 secara purata dah tentulah pembeli yang datang nanti akan beli rumah yang lebih murah dulu. Logiklah, kalau kita kat tempat pembeli pun sama. Ini biasa berlaku dalam market sekarang kerana pembeli makin kurang dan rumah yang dijual makin banyak. Penjual berlumba nak dapatkan pembeli. Dalam sitausi macam ni, harga RM450,000 adalah lebih realistik kalau anda nak jual rumah dengan cepat.

Baca juga artikel berkaitan: 5 Cara Check Market Value Rumah

Mengira Keuntungan Bersih

Bila dah tahu harga jual, buat kiraan berapakah yang anda akan dapat kalau jual rumah tu. Langkah ni penting kerana anda nak tahu adakah jualan rumah ni dapat memenuhi hajat anda selepas jual. Dari sinilah anda tahu berbaloi atau tidak jual rumah. Nak buat kiraan ni senang je, harga rumah yang anda tetapkan tolak je dengan kos jualan. Kos jualan ni termasuklah kos guaman, fi agensi baki pinjaman dan cukai jualan.

Persediaan Dokumen Untuk Jual Rumah

Memastikan dokumen-dokumen yang diperlukan adalah lengkap adalah langkah penting dalam proses jualan. Ini termasuklah salinan kad pengenalan, perjanjian jual beli semasa pembelian, geran hartanah, penyata pinjaman terkini, bil cukai pintu dan tanah, serta bil utiliti. Dokumen yang lengkap memudahkan proses jualan dan membina keyakinan pembeli.

Perbaiki & Kemas Rumah untuk Jualan

Bila anda dah buat keputusan nak jual rumah, saya cadangkan kemas rumah dan buang barang yang tak perlu. Ini nak pastikan rumah tu nampak luas dan lapang. Kalau rumah anda ada kerosakan, baik pulih terlebih dahulu. Cat rumah, kalau cat lama tu dah luntur. Semua ni nampak remeh tapi impresi pertama adalah penentu samada rumah tu boleh dijual ataupun tidak.

Pengiklanan dan Interaksi dengan Pembeli

Kemudian, ambil gambar gambar rumah tu untuk anda iklan Buka semua lampu dan ambil gambar dari sudut bucu rumah Gambar dari sudut bucu ni nampak lebih lapang dan menarik Pastikan gambar yang dihasilkan tu jelas. Langkah seterusnya, iklankan rumah anda. Sediakan butiran dan muatnaik iklan di portal seperti Mudah.my dan PropertyGuru. Bila dah ada prospek pembeli yang hubungi bawa mereka untuk tengok rumah. Sebelum mereka sampai pastikan anda pasang semua lampu, kipas dan penghawa dingin. Ni untuk berikan impresi pertama yang baik.

Perundingan dan 'Closing'

Semasa bakal pembeli lihat keadaan rumah cuba fahami keperluan mereka. Pembeli ni adalah unik dan ada keperluan yang tersendiri. Contohnya, ada pembeli yang mungkin nak keluarkan KWSP untuk bayaran deposit. Bila anda fleksibel dengan keperluan mereka mereka boleh jadi tertarik dengan rumah anda sekalipun ada tawaran yang lebih baik di pasaran. Kalau pembeli tu minat dengan rumah anda mereka akan tandatangan surat tawaran atau surat tunjuk minat. Mereka juga akan bayar wang tanda jadi biasanya 3.18% dari harga jual. Bayaran ni seeloknya dibuat kepada peguam atau agensi hartanah Ini akan berikan lebih keyakinan kepada pembeli untuk buat belian sebab ada orang tengah. Pastikan juga anda teliti dan faham terma-terma dalam surat tawaran tu.

Selepas tu, pembeli akan mohon pinjaman Ini akan makan masa sekitar 14 hari berkerja untuk tahu jawapan Kalau pinjaman lulus anda dan pembeli akan tandatangan perjanjian jual beli dan terima baki deposit. Bila perjanjian jual beli ditandatangan, bank akan lantik penilai untuk keluarkan laporan penilaian. Penilai ni akan ziarah dan periksa rumah anda. Tak lama, biasanya kerja mereka ni boleh selesai sekitar 15-30 minit.

Proses Pemindahan Hak Milik

Tempoh pindah milik kepada pembeli ni bergantung kepada jenis geran rumah. Untuk rumah freehold yang ada geran individu atau strata Biasanya boleh selesai dalam tempoh 90 hari berkerja dari tarikh perjanjian jual beli. Rumah jenis leasehold dengan geran individu atau strata pula lebih lama Biasanya selesai dalam sekitar 6-7 bulan dari tarikh perjanjian jual beli. Apa pun, nak tahu jangka masa ni seeloknya anda dapatkan nasihat peguam.

Setiap kes tu unik. Kadang-kadang ada kes yang rumit dan ambil masa yang lama. Terutama jika melibatkan master title yang mana geran tu dah terbatal. Ada juga situasi pemaju bankrap atau kurang bagi kerjasama. Peguam yang baik ni akan bagi nasihat kepada anda berapa lama jangkaan proses jual beli tu akan selesai. Bila proses pindah milik selesai, serahkan kunci kepada pembeli. Pada masa sama jangan lupa untuk tutup akaun utiliti dan dapatkan semula deposit utiliti anda.

Dengan mengikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini, InsyaAllah anda dapat meningkatkan peluang untuk menjual rumah dengan cepat dan kepada pembeli yang benar-benar berminat. Kebijaksanaan dan perancangan yang teliti adalah kunci kejayaan dalam proses jualan hartanah.

Disclaimer: Maklumat di dalam artikel di atas adalah perkongsian secara umum sahaja. CarianHartanah.com tidak mempunyai tanggungjawab perwakilan atau penjaminan berkaitan maklumat diberikan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang perwakilan atau penjaminan berkaitan ketepatan bagi sebarang tujuan maklumat yang mana dibenarkan undang-undang. Walaupun pelbagai usaha telah diambil bagi memastikan maklumat disediakan di dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai dan lengkap ketika ia ditulis. Semua maklumat disediakan di dalam artikel ini juga tidak boleh disandarkan untuk membuat sebarang keputusan kewangan, pelaburan, harta tanah atau perundangan. Selain itu, maklumat di dalam artikel di atas juga tidak boleh menggantikan nasihat profesional terlatih yang mempertimbangkan fakta dan situasi persendirian anda, dan kami tidak menerima pertanggungjawaban jika anda menggunakan maklumat tersebut bagi membuat keputusan.

Rujukan:

  1. Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) Malaysia – Laman web rasmi: https://www.lppeh.gov.my/

  2. Malaysian Institute of Estate Agents (MIEA) – Laman web rasmi: https://www.miea.com.my/

  3. Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) – Laman web rasmi: https://peham.org.my/

  4. Website hartanah PropertyGuru – Laman web rasmi – https://www.propertyguru.com.my/

  5. Arif Hussin – Laman web rasmi: https://arifhussin.com/

Compare listings

Compare
error: Content is protected !!

Tak jumpa rumah/tanah yang berkenan di hati?

Insya Allah saya bantu Tuan dapatkan rumah/tanah yang sesuai