Cara Beli Rumah Pertama Dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Cara Membeli Rumah Pertama Dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Table of Contents

Membeli rumah pertama merupakan satu pencapaian besar dalam kehidupan. Namun, proses ini mungkin menjadi mencabar tanpa bimbingan yang betul. Dalam artikel ini, kita akan meneliti dengan terperinci mengenai Cara Membeli Rumah Pertama Dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

SJKP bukan sekadar skim biasa, tetapi satu inisiatif kerajaan yang direka khas untuk meringankan beban pembeli rumah pertama. Mari kita meneroka bersama langkah-langkah praktikal yang perlu diambil untuk menjadikan impian memiliki rumah pertama anda menjadi kenyataan melalui SJKP.

Apa Itu Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)?

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) adalah inisiatif nisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad bagi golongan pendapatan tidak tetap bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil yang berkelayakan untuk mendapatkan kemudahan gadai janji.  Skim ini menawarkan jaminan kredit perumahan, membuatkan proses mendapatkan pinjaman lebih mudah dan dengan kadar faedah yang kurang membebankan pembeli rumah pertama.

Bermula 1 April 2023, Kerajaan Malaysia telah meluaskan sasaran SJKP bagi merangkumi kedua-dua golongan berpendapatan tetap dan tidak tetap untuk memiliki rumah pertama mereka yang bernilai sehingga  RM500,000.00

PERKARA  

PENERANGAN  

Tujuan Pembiayaan  

Pembiayaan gadai janji  

Had Pembiayaan  

Sehingga RM500,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT/LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian  

Jenis Pembiayaan  

Pinjaman/Pembiayaan bertempoh  

Tempoh Pembiayaan  

Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)  

Jaminan Perlindungan  

Jaminan 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA*/MRTT*/LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)  

Kadar Faedah/Keuntungan  

Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat  

Deposit  

Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan  

Kelayakan Untuk Beli Rumah Pertama Dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas, Pinjaman dua generasi dibenarkan  

  • Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan yang di bawah kategori kos rendah atau sederhana atau mampu milik dan untuk didiami  

  • Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan  

  • Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan 

  • Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini  

  • Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan  

  • Pendapatan pemohon mestilah tidak melebihi RM11,000 dan mampu membayar ansuran bulanan dengan had pembiayaan sehingga RM500,000  

Baca juga artikel berkaitan: Persediaan Sebelum Membeli Rumah Pertama

Cara Memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)​

Permohonan mestilah dibuat di secara terus di cawangan institusi-institusi kewangan (IKP) yang terlibat dalam skim ini dan bukan melalui pejabat SJKP .

Aliran Proses Skim Jaminan

  • Bakal peminjam mengenal pasti kediaman yang dikehendaki. Selepas itu, memohon dan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada IKP yang terlibat .
  • Institusi Kewangan Terlibat akan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peminjam yang layak 

  • Bank menilai dan menyemak permohonan peminjam dan menghantar permohonan kepada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) bagi jaminan pembiayaan 

  • SJKP akan menyemak permohonan dan menyediakan jaminan pembiayaan (jika memenuhi kriteria yang ditetapkan) 

  • Institusi Kewangan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan daripada SJKP 

  • Peminjam menerima LO dan memiliki rumah idaman mereka selepas Institusi Kewangan mengeluarkan pembiayaan 

Dokumen diperlukan Untuk Memohon SJKP

  • Perjanjian asal Jual Beli/borang tempahan/resit bayaran muka
  • Penyata akaun bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada) 
  • Cukai Pendapatan/Penyata KWSP terkini 
  • Surat prngesahan pekerjaan 
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon 
  • Surat pengesahan majikan (jika ada) 
  • Lesen perniagaan atau kad pendaftaran Nelayan atau permit teksi (yang mana berkenaan) 
  • Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pndapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat awam Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank 

Disclaimer: Maklumat di dalam artikel di atas adalah perkongsian secara umum sahaja. CarianHartanah.com tidak mempunyai tanggungjawab perwakilan atau penjaminan berkaitan maklumat diberikan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang perwakilan atau penjaminan berkaitan ketepatan bagi sebarang tujuan maklumat yang mana dibenarkan undang-undang. Walaupun pelbagai usaha telah diambil bagi memastikan maklumat disediakan di dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai dan lengkap ketika ia ditulis. Semua maklumat disediakan di dalam artikel ini juga tidak boleh disandarkan untuk membuat sebarang keputusan kewangan, pelaburan, harta tanah atau perundangan. Selain itu, maklumat di dalam artikel di atas juga tidak boleh menggantikan nasihat profesional terlatih yang mempertimbangkan fakta dan situasi persendirian anda, dan kami tidak menerima pertanggungjawaban jika anda menggunakan maklumat tersebut bagi membuat keputusan.

Rujukan:

  1. Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) Malaysia – Laman web rasmi: https://www.lppeh.gov.my/

  2. Malaysian Institute of Estate Agents (MIEA) – Laman web rasmi: https://www.miea.com.my/

  3. Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) – Laman web rasmi: https://peham.org.my/

  4. Website hartanah PropertyGuru – Laman web rasmi – https://www.propertyguru.com.my/

  5. Arif Hussin – Laman web rasmi: https://arifhussin.com/

  6. Website Rasmi SJKP – https://www.sjkp.com.my/

Compare listings

Compare
error: Content is protected !!

Tak jumpa rumah/tanah yang berkenan di hati?

Insya Allah saya bantu Tuan dapatkan rumah/tanah yang sesuai