Cara Memohon Rumah PR1MA di Pahang

Cara Memohon Rumah Pr1ma di Pahang

Table of Contents

Rakyat Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan boleh menggunakan cara memohon rumah prima di Pahang untuk memiliki kediaman Projek Rumah 1Malaysia (PR1MA).

Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian (online) yang selari dengan kemajuan teknologi masa kini. Penting untuk ditekankan bahawa PR1MA tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran. Di samping itu, PR1MA menjelaskan bahawa mereka tidak menggunakan ejen atau pihak ketiga untuk membantu dalam pengisian borang atau memberikan perkhidmatan berbayar untuk urusan rumah PR1MA.

Selain itu, PR1MA tidak menghadkan sebarang tarikh tutup untuk pendaftaran, dan ini tertakluk kepada pengumuman terkini dari PR1MA.

Apa Itu PR1MA?

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 bertujuan untuk merancang, membangun, membina, dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden kepada penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Rumah PR1MA biasanya dibina di dalam kawasan berkomuniti, menawarkan pelbagai jenis dan saiz rumah dengan harga yang berpatutan, iaitu di antara RM100,000 hingga RM400,000.

Dengan adanya inisiatif ini, rakyat kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara, termasuk Pahang. Kediaman PR1MA terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000. Jadi, jika anda berminat untuk mengetahui cara memohon rumah PR1MA di Pahang, kami akan berkongsi maklumat lanjut dalam blog post ini.

Cara Memohon Rumah PR1MA di Pahang

Berikut adalah panduan ringkas cara memohon rumah Pr1ma di Pahang, termasuk syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon dan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan. Semoga panduan ini dapat memberikan bantuan kepada penduduk negeri Pahang yang berhasrat untuk menyertai program rumah kos rendah ini.

Baca juga artikel berkaitan: Persediaan Sebelum Beli Rumah Pertama

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah PR1MA Pahang

Permohonan Rumah PR1MA Pahang Secara Online

Sistem website rasmi PR1MA adalah ‘user friendly’ sangat mudah digunakan, jadi sekiranya anda adalah seorang buta IT pun boleh daftar Pr1ma ini. Step pertama cara memohon rumah pr1ma di Pahang adalah dengan melayari https://www.pr1ma.my/ dan anda juga boleh memilih untuk mendaftar dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Langkah 1: Sekiranya pemohon menepati syarat kelayakan yang ditetapkan boleh mendaftar akaun PR1MA, klik pada judul pautan berikut: Pendaftaran Akaun PR1MA

1st anda pergi ke bahagian pendaftaran akaun dan isi semua butiran yang berkaitan seperti nombor IC, tarikh lahir, status wargenegara dan alamat emel.

Pastikan anda kena sertakan sekali beberapa dokumen seperti salinan IC dengan slip gaji, atau penyata bank terkini.

Bermula 4 Mac 2022, untuk pemohon Rumah PR1MA, slip gaji tidak lagi diperlukan jika anda memohon pembiayaan menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan. Tujuannya adalah untuk memudahkan pemohon yang bekerja sendiri.

Langkah 2: Setelah anda berjaya mendapatkan ID Pengguna dan juga kata laluan (password), anda boleh mengakses sistem borang permohonan online untuk isi dan lengkapkan serta upload dokumen yang diperlukan.

Daftar PR1MA percuma. Jika anda sudah berkahwin, tidak perlu daftar berasingan. Anda boleh mendaftar bersama pasangan anda. Lepas sudah selesai pendaftaran, pihak PR1MA menghantar emel pengesahan kepada anda.

Langkah 3: Proses Pengundian. Proses pemilihan pembeli rumah PR1MA ni memang terbuka, telus dan jujur. Sekiranya permohonan rumah PRIMA anda berjaya, pihak PR1MA menghubungi anda menerusi emel. Anda boleh juga menyemak keputusan di dalam website rasmi PR1MA.

Langkah 4: Pemilihan Unit.

Anda akan dijemput untuk sesi Pemilihan Unit untuk memilih unit pilihan anda berdasarkan ketersediaan.

Sila sediakan yuran tempahan sebanyak RM500 dalam bentuk draf bank atau cek ke:
PERBADANAN PR1MA MALAYSIA (unit kediaman di Semenanjung Malaysia & Sabah)
PR1MA DEVELOPMENT SDN BHD (projek Sarawak)
PR1MA SEREMBAN SENTRAL SDN BHD (Kediaman Seremban Sentral sahaja)

Yuran tempahan dikenakan bagi projek yang telah siap dibina sahaja.

Langkah 5: Permohonan dan Kelulusan Pembiayaan Perumahan. Siapkan dokumen yang diperlukan dan serahkan permohonan pinjaman ke Institusi Kewangan pilihan anda.
Harap maklum mengenai perkara berikut:

  • Pinjaman Bank – Kelulusan dianggarkan dalam masa 1 bulan dari tarikh tempahan.
  • Pinjaman Kerajaan (LPPSA) – Kelulusan dianggarkan dalam masa 2 bulan dari tarikh tempahan.
  • Sila hubungi Institusi Kewangan pilihan anda untuk maklumat lebih lanjut.

Langkah 6: Perjanjian Jual Beli atau Sale and Purchase Agreement (SPA) akan ditandatangani antara pemaju iaitu PR1MA dan anda sebagai Pembeli.

Langkah 7: Penyerahan Kunci/Milikan Kosong. Rumah PR1MA akan diserahkan secara rasmi kepada anda setelah pembangunan selesai, pengeluaran Sijil Penyempurnaan dan Pematuhan (CCC) dan pembayaran tertunggak telah diselesaikan (jika ada).

Tahniah, anda kini menjadi pemilik Rumah PR1MA yang bangga! Selamat Datang ke Komuniti PR1MA.

Disclaimer: Maklumat di dalam artikel di atas adalah perkongsian secara umum sahaja. CarianHartanah.com tidak mempunyai tanggungjawab perwakilan atau penjaminan berkaitan maklumat diberikan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang perwakilan atau penjaminan berkaitan ketepatan bagi sebarang tujuan maklumat yang mana dibenarkan undang-undang. Walaupun pelbagai usaha telah diambil bagi memastikan maklumat disediakan di dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai dan lengkap ketika ia ditulis. Semua maklumat disediakan di dalam artikel ini juga tidak boleh disandarkan untuk membuat sebarang keputusan kewangan, pelaburan, harta tanah atau perundangan. Selain itu, maklumat di dalam artikel di atas juga tidak boleh menggantikan nasihat profesional terlatih yang mempertimbangkan fakta dan situasi persendirian anda, dan kami tidak menerima pertanggungjawaban jika anda menggunakan maklumat tersebut bagi membuat keputusan.

Rujukan:

  1. Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) Malaysia – Laman web rasmi: https://www.lppeh.gov.my/

  2. Malaysian Institute of Estate Agents (MIEA) – Laman web rasmi: https://www.miea.com.my/

  3. Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) – Laman web rasmi: https://peham.org.my/

  4. Website hartanah PropertyGuru – Laman web rasmi – https://www.propertyguru.com.my/

  5. Arif Hussin – Laman web rasmi: https://arifhussin.com/

Compare listings

Compare
error: Content is protected !!

Tak jumpa rumah/tanah yang berkenan di hati?

Insya Allah saya bantu Tuan dapatkan rumah/tanah yang sesuai