Membuat Carian Tanah Lot Secara Online Menggunakan Aplikasi MyLot

membuat carian tanah lot

Kenapa Perlu Buat Carian Tanah Guna Aplikasi MyLot?

Tanah lot merujuk kepada kawasan tanah yang telah dibahagikan kepada plot-plot kecil termasuklah juga Tanah Rizab Melayu, dengan kepemilikan sama ada pegangan bebas atau pegangan sementara yang dimiliki oleh warganegara Malaysia.

Pemilik tanah lot atau bakal pembeli perlu menjalankan carian tanah terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembinaan di atas tanah tersebut atas beberapa sebab. Pertama, sebagai pemilik tanah lot berkaitan Aplikasi MyLot ini akan memudahkan kerja anda untuk mencari batu sempadan.

Untuk bakal pembeli tanah lot pula, dengan menggunakan Aplikasi MyLot ini sekurang-kurangnya dapat memberikan gambaran awal kedudukan serta bentuk tanah lot yang ingin dibeli. Jadi sebelum anda pergi ‘viewing’ tanah lot yang berkenan dihati, pastikan anda terlebih dahulu buka MyLot.

Cara Mencari Tanah Lot Guna Aplikasi MyLot

Tak sabar nak buat carian tanah lot anda? Apa kata anda layan dulu video penerangan ringkas berkenaan Aplikasi MyLot ini.

Langkah pertama yang perlu diambil adalah untuk mendapatkan nombor lot tanah. Pemilik tanah boleh merujuk kepada geran mukim dengan tujuan untuk memperoleh maklumat berkenaan nombor tersebut.

Contoh Geran Tanah

Klik sini untuk dibawa terus ke website MyLot – Website Rasmi MyLot JUPEM Kemudian, sila buka aplikasi MyLot dengan cara klik button MAP.

klik untuk buka MyLot

Langkah seterusnya, anda perlu setkan negeri tanah lot (yang hendak dicari) terlebih dahulu sebelum memasukkan maklumat lain yang lebih detail.

Setkan Penetapan Negeri

Tekan icon Carian dan masukkan maklumat di bahagian Lot iaitu nombor lot, negeri, daerah dan mukim. Bahagian seksyen tidak wajib isi.

Detail Tanah Lot

Langkah seterusnya adalah menekan button carian dan peta akan menunjukkan kedudukan tepat tanah lot tersebut. Tekan di bahagian tanah itu untuk mendapatkan maklumat. Aplikasi MyLot seterusnya akan memfokuskan gambaran dan hanya menunjukkan tanah lot itu yang dicari.

Gambar Tanah Lot Yang Dicari

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih sesuai dengan keinginan masing-masing, anda boleh ubah suai setting pada bahagian Tetapan Lapisan Peta.

Semoga perkongsian ringkas ini akan dapat membantu pemilik dan juga bakal pembeli memperolehi gambaran dan kedudukan lebih jelas berkaitan tanah lot yang hendak dicari.

Compare listings

Compare
error: Content is protected !!

Tak jumpa rumah/tanah yang berkenan di hati?

Insya Allah saya bantu Tuan dapatkan rumah/tanah yang sesuai